Muhammad Khairi Arts
 
 
 Sejak dibangku sekolah aku minat terhadap dunia seni, terutama seni lukis. Bagaimanapun oleh kerana dibesarkan dalam kemiskinan semuanya terbatas. Aku mengambil inisiatif menjual kertas lukisan kepada kawan-kawan.
 
 Semasa di Tingkatan dua SMK Tengku Menteri Changkat Jering, telah ada yang membeli lukisanku. Tapi tidak pandai letak harga. Ada guru yang meminta lukisanku dan menjanjikan sesuatu sebagai ganjaran tapi akhirnya sepi.
 
  Aku telah juga diberi kepercayaan melukis latar belakang untuk sebuah pementasan drama dan bersama kakakku melukis lukisan untuk mural sekolah.
 
 Kini setelah sekian lama tidak melukis , aku diberi tugas sebagai guru seni dari 2008 - 2009. Tahun 2010 dah tak ajar seni lagi kerana datang guru seni berijazah.
 
 Aku rasa gembira kerana semua anak-anakku juga meminati seni visual.
 
  Oleh kerana minat yang mendalam terhadap seni lukis , aku sentiasa melihat contoh-contoh daripada buku-buku yang ada di dalam perpustakaan sekolah.
 
 
 
 


Siti Fatimah
Isteri yang disayangi

 
 

Muhammad Fitri Adli
Yang disayangi Anak lelaki
 
 

Hidayatul Farhan
Yang disayangi anak kedua
 
 

Izzatul Farahin
Yang disayangi anak ketiga
 

Wirdatul Farahani
Yang disayangi anak keempat
 

Khalid Abbas
Baba (ayahku) yang tidak luput dari ingatan
 
 Asal
 
 

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2008
SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting